Tuesday, January 27, 2015

Ikhlas dari hati yang ini satu pengakuan!!!!

Asalamualaikum, waktu aku taip pasal ni jam menunjukkan pukul 3.03 pagi. Tarikh 26/1/2015. Penyebabnya aku taip pasal benda kerana aku dah tak tahan lagi nak simpan lama2. Pada aku bila aku dapat luahkan kat sini aku rasa lega. Cerita yang aku nak ceritakan disini mengenai awak. Nama biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu. 

          Cerita ini bermula apabila aku mula bertugas sebagI PSH di Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan. Maklumlah tempat baru,semua pun baru,kawan baru,benda baru. Cuma yang lama hanyalah sahabat aku seorang dan seorang perempuan yang juga pernah ada kaitan dengan sahabat aku ni. Aku di tempatkan 1 bilik bersama pegawai2 yNg lain. Ini kerana pejabat sedia ada sedang menjalani pengubahsuaian. Seramai 7 orang ditempatkan di bilik tersebut termasuk aku. Hendak di pendekkan cerita aku telah diperkenalkan mengenai beliau oleh sahabat aku sebelum aku mula masuk kerja. 

          Setalah lama aku bekerja di situ, perasaan suka itu mula timbul sedikit demi sedikit. Aku tak tau dari mana datangnya perasaan tersebut. Tapi yang pasti ia bukan dari nafsu. Aku cerita sedikit mengenai karakter dia. Seorang yang bertudung labuh,muka bulat, mata sepet berkaca mata dan juga putih. Bertubuh agak 'chubby'.Ala-ala ustazah persisnya. Taste aku bukanlah seperti yang dinyatakan diatas. Maklumlah aku ni sendiri gempal. Mana mungkin aku mahu perempuan yang bertubuh gempal juga. Apa yang membuat aku paling tertarik adalah senyumannya. Bilamana dia senyum pada aku memang aku tangkap feeling la bak kata orang2 sekarang. Semakin lama aku memandang wajahnya semakin aku rasa jatuh hati padanya. 

        Tetapi ada satu hal yang tak menyenangkan bagi aku pada mulanya. Ia mengenai faktor umur. Beza umur antara aku dan dia adalah 7 tahun. Ia, dia lebih tua 7 tahun berbanding umur Ku. Agak mustahil bagi aku untuk menerima hakikat itu sebenarnya. Puas juga aku menyedapkan hati bahawa semua itu hanya angka. Perbezaan umur Rasullulah dengan isterinya juga agak jauh. Iaitu 15 tahun. Itu bukan penghalang untuk aku terus menyukai dia.

       Semakin hari aku kenal dia semakin aku tertarik pada diri dia. Kesopanannya, keayuannya, telah menambat hatiku. Disebabkan aku terikat dengan seseorang yang aku anggap kekasih waktu itu, terpaksa aku lupakan mengenai dia. Disebabkan kesetiaan aku pada seseorang yang aku anggap kekasih itulah aku lupakan dia. Namun kesetiaan yang aku sandarkan rupanya hanya mainan bagi dia. Aku dikecewakan sekali lagi oleh insan tersebut. Walaubagaimana pun aku tetap redha dengan ketentuan Illahi. Aku anggap aku dengan beliau tiada jodoh. Aku terima kalau sudah itu yang tertulis. Kecewa memang kecewa. Nak buat macam mana dah orang disana tidak boleh terima aku. Mungkin selama ini aku yang beria suka kat beliau. Mungkin aku ni tidak lebih dari seorang kawan pada beliau. Tidak mengapa, aku terima dengan hati terbuka.

      Disebabkan kejadian ini, aku mula mengubah haluan aku pada dia. Aku cuba untuk merapati dia. Cuba untuk bermesej dengan dia di Wechat. Usaha aku berjaya. Tapi bukan berjaya menawan hati dia. Hanya berjaya bermesej -mesej biasa sahaja. Pada aku itu sudah cukup mengembirakan hati aku yang telah sakit selama ini. Satu hal lagi yang aku rasakan adalah jurang antara kita terlalu jauh. Bukan mengenai umur, tapi mengenai pangkat dan darjat. Aku merasakan diri aku kerdil berbanding dia. Tidak layak untuk dia kerana aku tidak mempunyai kelulusan yang setaraf seperti dia. Disebabkan itu juga aku takut untuk menyatakan hasrat hati aku pada dia. Aku takut aku ditolak. Aku takut aku akan di hina,dicaci di herdik. Aku sedar aku tidak punya apa-apa seperti orang lain. Rupa tiada,harta apatah lagi. 

          Aku tahu yang dia juga sedang dalam kegelisahan kerana masih belum berumah tangga walaupun umur da cecah 3 series. Dia juga menhadapi masalah dengan lelaki kerana sering kali dikecewakan lelaki. Aku yakin dengan apa yang aku tafsirkan. Siapa yang tidak risau tatkala umur dah menginjak ke 30-an tetapi masih belum mendirikan rumahtangga. Apatah lagi orang perempuan. Ia menjadi satu igauan ngeri bagi setiap perempuan di Malaysia. Jika aku diberikan peluang akan aku cuba untuk menawan hatinya. Cuma aku sedar siapalah aku ini jika nak dibandingkan dengan lelaki2 lain diluar sana. Bila aku tanya pendapat rakan2 ramai yang membantah keputusan aku. Kenapa? Adakah keputusan yang aku bakal buat silap? Aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Cuma keadaan sekarang yang tidak mengizinkan. 

        Aku takut pengakuan aku terhadap dia akan membuat dia tidak selesa. Aku takut untuk menerima kenyataan bahawa dia tidak boleh menerima aku. Sampai bila harus aku pendam perasaan aku ini terhadap dia? Perasaan sayang terhadap dia semakin hari semakin menebal. Aku cuba buang perasaan itu tetapi tidak boleh. Aku tidak tahu mengapa. Adakah semua ini sudah tertulis. Aku sedar jikalau dia terima pengakuan aku pun adakah aku boleh memenuhi segala kehendak dia? Aku belum bersedia untuk berumah tangga seperti rakan2 ku yang lain. Aku tidak percaya jikalau pun dia menerima aku sanggupkah dia menunggu aku sehingga aku betul2 bersedia dari segi kewangan untuk berumah tangga? Semua ini berlegar legar di benak fikiran aku. 

            Jawapan yang aku akan terima jika dia terima atau tolak aku mempunyai baik dan buruknya. Jika dia menerima aku adakah aku sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga? Jikalau dia menolak aku sanggupkah aku untuk menghadapinya yang selama ini sayang dan suka dia? Kedua dua jawapan berisiko tinggi. Adakah selama ini semuanya halusinasi aku sahaja, ataupun ia benar2 perasaan yang muncul dari lubuk hati. Mungkin dia sebagai pengubat kekecewaan aku selama ini terhadap perempuan. Akan tetapi perasaan malu untuk membuat pengakuan masih tebal dalam diri ini. Aku takut aku akan dikecewakan  sekali lagi. Mungkin langkah yang paling selamat adalah aku terus pendam hingga ke suatu masa yang aku sendiri tidak tahu bila. Tapi andai kata dia sudah mempunyai calon yang lain. Mahu tidak mahu aku terpaksa redha dengan apa yang berlaku. Aku anggap semua ini yang terjadi adalah ketentuan Illahi.
        Aku tak harap pun dia akan baca mengenai ini, tapi kalau ada kesempatan aku akan bagi dia baca apa yang aku tulis mengenai dia disini. Harapan aku cuma satu, dapat menjadi imammu dimasa akan datang, insyaAllah