Friday, May 11, 2012

MINAT MASING MASING PART 2

asalamualaikum..

alhamdulilah..aku masih lagi diberi keupayaan utk menaip disini..
pada post yg lepas aku da janji nk post pasal minat kan..
okay..post yang lepas aku cerita pasal minat aku terhadap dunia permotoran..
kali ini aku nk cerita minat aku mengenai memancing atau bahasa omputeh nye fishing...memancing jugak hobi aku sejak kecil lg..maklumlah..sejak kecik memang dah terdidik dengan minat yang sama ngan abah..so aku pun tersama minat ngan abah..

cerita pasal mancing..hmm..joran pertama yg aku dapat sewaktu usia aku 9 tahun..tu pun joran yg abah aku da xpakai..maklumlah..dulu aku bukan anak orang senang..duduk pun di kawasan setinggan..memang zaman kanak kanak aku membesar dikawasan setinggan..

okay..berbalik pada minat aku balik..sejak aku dapat joran pertama aku, aku terus pegi memancing..bukan disungai atau paya..tetapi diloji..kawasan rumah aku berdekatan dengan loji waktu itu..ape lagi..teruja punya pasal, terus aku pegi gali tanah dekat dengan pokok2 pisang..nak cari cacing punya pasal..buat umpan..org tua2 cakap biasanya cacing banyak kat akar2 pokok pisang..ternyata memang betul..banyak cacing kat ctu..lepas da dapat,aku terus la pegi loji 2..tapi hampa..xdapat ikan..bila balik rumah, aku diketawakan oleh mama dan abah aku..mau taknya..da la mancing kat loji..pas 2 dengan berbekalkan cacing je..xpakai batu ladung atau pelampung..mcm mana nk mancing..teknik da salah..bila teringat balik geli hati aku..

tapi sekarang lain..waktu telah mendewasakan aku..aku semakin matang(chewah ayat)..berbekalkan pengalaman dan juga sedikit ilmu memancing yg diturunkan dari abah,aku da mula berani pergi sendiri..start berani pergi sendiri time aku mula belajar dekat universiti..da jumpa yg sekaki..asal free je pegi la mancing..waktu semester 2..orang lain dapat duit mara beli laptop,buku dan bagai lagi la..aku beli mesin pancing..sanggup pegi kedai 2 semata mata mancing punya pasal..dan mesin 2 aku pakai sampai sekarang..da mcm2 ikan da naik pkai mesin 2..org tua2 cakap joran or mesin baru kene ada penganyir..joran aku xpayah penganyir..alhamdulilah..setakat nie rekod joran aku bersama mesin yg aku beli da dpt naikkan ikan 2 kilo lebih..kalau x silap aku ikan keli yg berjaya aku daratkan..
alhamdulilah..rezeki Allah nk bagi kan...

joran dan mesin aku takdelah mahal sangat..murah je..jenama pun tak top..cap ayam je..tapi kekuatan dia 6000..yg aku faham,kalau kekuatan 6000 setakat 4 or 5 kilo bole lagi naikkan..bergantung pada ikan dan teknik utk mendaratkan je..cuma insyaAllah cuti semester ni aku nk cuba mancing kolam..aku xpernah mancing kolam sebab abah tak berapa suka memancing yg dikenakan bayaran..paling kuat pun mancing dekat rakit or sangkar kupang..sekali pergi bayaran dikenakan RM 6.00 satu kepala..umpan biasanya aku pakai kupang ataupun udang..ikut rezeki la..kalau rezeki mewah dapatlah ikan daun baru..saiz kecik2 je...sekor dalam sekilo la berat dia..belum campur lain2 ikan lagi..kadang2 ada la ikan duri,ikan gelama,sembilang..itulah ikan wajib yg selalu dapat..

kalau aku tak ke rakit, aku pergi la ke sungai pasang surut..biasanya kalau ke sungai mcm tu, aku pkai umpan udang kopek ataupun aku pakai umpun umpun..biasanya utk mencari sembilang ataupun ikan duri..last aku pegi memancing adalah sabtu lepas..lokasi kat area Kuala Sungai Danga..atas sangkar kupang..tapi rezeki waktu 2 tidak berapa baik..hanya beberapa ekor ikan gelama dan juga sembilang je yg berjaya didaratkn..saiz semua kecil..

rasanya aku da takde idea da nk taip ape..cukup kot sampai kat sini je..insyaAllah aku akan taip lagi minat2 aku yg lain..setakat ini 2 ini ajelah minat aku yg major..yg lain minor je..
apa2 pun terima kasih kerana singgah belog yg tak semenggah nie..
asalamualaikum..:)

Wednesday, May 9, 2012

MINAT MASING-MASING

Asalamualaukum..
da lama da aku tak tulis smthing kat sini..rindu rasanya..online diary la katakan..

kali ni aku nk cerita serba sedikit pasal diri dan minat aku..

sedia maklum bahawasanya, lelaki lebih minat kepada benda2 yg kearah agresif,adventure dan juga bnde2 yg mencabar..bergantung pada minat masing2..
ada yg minat bersukan..xkisahlah sukan ape..lasak ke,ringan ke,permotoran ke..
kalau aku lebih kepada permotoran..especially kereta..xtau kenapa aku dari kecik lagi memang minat kereta..bape bnyk kereta berskala kecil yg aku simpan..sampai melukis pon lebih kearah kereta..kalau melukis benda lain aku memang fail..xtau la kenapa..da try banyak kali..yang jadi semua kenderaan bermotor..lagi 1 aku minat kepada lori atau bahasa inggerisnya Truck..kalau diatas jalan raya aku suka tengok lori2 yang lalu..tengok ape jenisnya,berapa Horsepower,berapa cc lori 2..bas pun sama..

kalau kereta pulak aku lebih suka kereta yg kearah performance..kalau makeup2 nie aku kureng ckit..tp bolehla..asalkan bole gerak..memang idaman aku adalah supercar Jepun..terutamanya siri Evolution dari pembuat Mitsubishi..Toyota dan juga Nissan tak kurang hebat..enjin yg aku paling minat jenis 1JZ dan 2JZ keluaran Toyota..sebab ape aku minat kerana enjin ini bersesaran(cc) besar..sesuai utk kenderaan pacuan 4 roda dan juga2 kereta2 continental..memang hajat suatu hari nanti pickup bapak aku nk upgrade masuk 1JZ nie..kos....jangan cakap la..mana ada  yang murah..paling kurang 15k nk kene stanby..baru puas hati..enjin 1JZ lebih sesuai utk kenderaan pacuan roda belakang(RWD)..kedudukan enjin yg menegak membuatkan ia lebih berkuasa..tak sama seperti kenderaan Malaysia yg kebanyakkannya pacuan roda hadapan(FWD)..tetapi jangan lupa..kekretifan rakyat malaysia dalam dunia modofikasi kenderaan cukup tinggi..model Proton cukup sinonim dengan enjin ber kod 4G keluaran Jepun..malah tapak enjin(mounting) juga hampir sama..xperlu melakukan perubahan besar..seperti Proton Persona,mudah sahaja utk memasukkan(plug and play) enjin2 keluaran mitsubishi seperti 4G92,4G93,4G93T..x pun enjin mivec terbalik(kata org2 pro bab enjin)..
sudah berapa banyak model Proton Wira dan Satria yg sudah menjalani modifikasi sama ada ringkas ataupun berat..barang2 yg selalu di mofikasi adalah tempat duduk,papan pemuka(dashboard),penutup enjin(bonet),fender kiri dan kanan,tombol gear,kotak gear(gearbox),enjin,stereng dan macam2 lagi la..inilah hasil kekretifan rakyat malaysia..

bayangkan bagai mana muda mudi malaysia(biasanya dipanggil budak rempit) boleh menunggang sebuah motosikal Honda EX5 sehingga kelajuan boleh mencecah lebih 200KM/J..macam tidak masuk akal utk sebuah kenderaan yg bersesaran 100cc(0.1L)..tetapi itulah yg boleh dilakukan..sehinggakan jurutera2 Jepun tabik kepada mekanik2 Malaysia..itulah dunia modifikasi di Malaysia..kereta jangan cakaplah..lagi banyak..biasanya terbahagi kepada 3 jenis.. jenis N/A(naturally aspired),supercharged dan juga turbocharged..kebiasaannya enjin2 yg dimodifikasi tidak lebih dari sesaran 2 liter(2000cc)..ini kerana undang undang di Malaysia yg menghadkan penggunaan enjin yg lebih besar sesaran dari enjin asal..lagi 1 cukai jalan untuk kenderaan yg berkapasiti lebih 2000cc adalah lebih tinggi daripada biasa..semakin tinggi sesaran,semakin tinggi cukai jalan(mcm hipotesis pulak)

itu baru bab kenderaan..ada lagi minat aku yang lain..sekarang minat aku lebih kearah permotoran..aku juga sudah menjadi ahli 1 kelab permotoran yg telah berdaftar dimalaysia..nama kelab dirahsiakan..bukan kelab dangdut ae..banyak info2 yg aku dapat melalui kelab ini..dari segi penjagaan kereta sehinggalah tempat utk mendapatkan sparepart paling murah dan berkualiti..aku rasa darah permotoran yg mengalir dalam tubuh aku turun temurun dari ayah aku..memang seorang yang otai bab2 kereta ni..kalau kat rumah,aku yg jadi mangsa utk buka da pasang barang2 kereta..malah minyak itam pun aku kena tukar sendiri..mula2 memang la rasa terbeban..tapi makin lama rasa makin best..sebab hasil tangan sendiri..kadang2 tukar tayar pun kene tukar sendiri..sampai satu hari aku pernah buat skru tayar kereta aku sampai loose..ape lagi..naik angin bapak aku..da x pasal2 kene guna grinder utk potong skru 2..habis rosak sportrim aku..dahla rim work emotion..rosak2...nk jual pun xlaku..

rasanya kalau nk belajar pasal kereta ni memang xakan habis..sebab apa teknologi semakin hari semakin canggih..kereta buatan Malaysia pun da canggih..semua model Proton yg baru berkonsepkan 'Drive by Wire'..selamat tinggal kepada sistem karburator..

xpelah..sampai sini je kot aku menaip mengenai minat aku ..insyaAllah lepas ni aku akan taip mengenai minat2 aku yang lain..
Asalamualaikum..
arious...:)