Wednesday, May 9, 2012

MINAT MASING-MASING

Asalamualaukum..
da lama da aku tak tulis smthing kat sini..rindu rasanya..online diary la katakan..

kali ni aku nk cerita serba sedikit pasal diri dan minat aku..

sedia maklum bahawasanya, lelaki lebih minat kepada benda2 yg kearah agresif,adventure dan juga bnde2 yg mencabar..bergantung pada minat masing2..
ada yg minat bersukan..xkisahlah sukan ape..lasak ke,ringan ke,permotoran ke..
kalau aku lebih kepada permotoran..especially kereta..xtau kenapa aku dari kecik lagi memang minat kereta..bape bnyk kereta berskala kecil yg aku simpan..sampai melukis pon lebih kearah kereta..kalau melukis benda lain aku memang fail..xtau la kenapa..da try banyak kali..yang jadi semua kenderaan bermotor..lagi 1 aku minat kepada lori atau bahasa inggerisnya Truck..kalau diatas jalan raya aku suka tengok lori2 yang lalu..tengok ape jenisnya,berapa Horsepower,berapa cc lori 2..bas pun sama..

kalau kereta pulak aku lebih suka kereta yg kearah performance..kalau makeup2 nie aku kureng ckit..tp bolehla..asalkan bole gerak..memang idaman aku adalah supercar Jepun..terutamanya siri Evolution dari pembuat Mitsubishi..Toyota dan juga Nissan tak kurang hebat..enjin yg aku paling minat jenis 1JZ dan 2JZ keluaran Toyota..sebab ape aku minat kerana enjin ini bersesaran(cc) besar..sesuai utk kenderaan pacuan 4 roda dan juga2 kereta2 continental..memang hajat suatu hari nanti pickup bapak aku nk upgrade masuk 1JZ nie..kos....jangan cakap la..mana ada  yang murah..paling kurang 15k nk kene stanby..baru puas hati..enjin 1JZ lebih sesuai utk kenderaan pacuan roda belakang(RWD)..kedudukan enjin yg menegak membuatkan ia lebih berkuasa..tak sama seperti kenderaan Malaysia yg kebanyakkannya pacuan roda hadapan(FWD)..tetapi jangan lupa..kekretifan rakyat malaysia dalam dunia modofikasi kenderaan cukup tinggi..model Proton cukup sinonim dengan enjin ber kod 4G keluaran Jepun..malah tapak enjin(mounting) juga hampir sama..xperlu melakukan perubahan besar..seperti Proton Persona,mudah sahaja utk memasukkan(plug and play) enjin2 keluaran mitsubishi seperti 4G92,4G93,4G93T..x pun enjin mivec terbalik(kata org2 pro bab enjin)..
sudah berapa banyak model Proton Wira dan Satria yg sudah menjalani modifikasi sama ada ringkas ataupun berat..barang2 yg selalu di mofikasi adalah tempat duduk,papan pemuka(dashboard),penutup enjin(bonet),fender kiri dan kanan,tombol gear,kotak gear(gearbox),enjin,stereng dan macam2 lagi la..inilah hasil kekretifan rakyat malaysia..

bayangkan bagai mana muda mudi malaysia(biasanya dipanggil budak rempit) boleh menunggang sebuah motosikal Honda EX5 sehingga kelajuan boleh mencecah lebih 200KM/J..macam tidak masuk akal utk sebuah kenderaan yg bersesaran 100cc(0.1L)..tetapi itulah yg boleh dilakukan..sehinggakan jurutera2 Jepun tabik kepada mekanik2 Malaysia..itulah dunia modifikasi di Malaysia..kereta jangan cakaplah..lagi banyak..biasanya terbahagi kepada 3 jenis.. jenis N/A(naturally aspired),supercharged dan juga turbocharged..kebiasaannya enjin2 yg dimodifikasi tidak lebih dari sesaran 2 liter(2000cc)..ini kerana undang undang di Malaysia yg menghadkan penggunaan enjin yg lebih besar sesaran dari enjin asal..lagi 1 cukai jalan untuk kenderaan yg berkapasiti lebih 2000cc adalah lebih tinggi daripada biasa..semakin tinggi sesaran,semakin tinggi cukai jalan(mcm hipotesis pulak)

itu baru bab kenderaan..ada lagi minat aku yang lain..sekarang minat aku lebih kearah permotoran..aku juga sudah menjadi ahli 1 kelab permotoran yg telah berdaftar dimalaysia..nama kelab dirahsiakan..bukan kelab dangdut ae..banyak info2 yg aku dapat melalui kelab ini..dari segi penjagaan kereta sehinggalah tempat utk mendapatkan sparepart paling murah dan berkualiti..aku rasa darah permotoran yg mengalir dalam tubuh aku turun temurun dari ayah aku..memang seorang yang otai bab2 kereta ni..kalau kat rumah,aku yg jadi mangsa utk buka da pasang barang2 kereta..malah minyak itam pun aku kena tukar sendiri..mula2 memang la rasa terbeban..tapi makin lama rasa makin best..sebab hasil tangan sendiri..kadang2 tukar tayar pun kene tukar sendiri..sampai satu hari aku pernah buat skru tayar kereta aku sampai loose..ape lagi..naik angin bapak aku..da x pasal2 kene guna grinder utk potong skru 2..habis rosak sportrim aku..dahla rim work emotion..rosak2...nk jual pun xlaku..

rasanya kalau nk belajar pasal kereta ni memang xakan habis..sebab apa teknologi semakin hari semakin canggih..kereta buatan Malaysia pun da canggih..semua model Proton yg baru berkonsepkan 'Drive by Wire'..selamat tinggal kepada sistem karburator..

xpelah..sampai sini je kot aku menaip mengenai minat aku ..insyaAllah lepas ni aku akan taip mengenai minat2 aku yang lain..
Asalamualaikum..
arious...:)