Monday, May 12, 2014

Setahun Sekali



Setelah sekian lama aku tak coretkan kisah hidupku disini,hari ini tanggal 5 Mei 2014 aku kembali mencoretkan apa yg lama terbuku dihati,sudah berbulan bulan lamanya aku menyepi dari mencoretkan sebarang kisah hidupku,kini aku kembali ingin coret apa yang berlaku selama ini

Alhamdulilah, aku masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Yang Maha Esa ini. Aku sedar ini semua hanya pinjaman dari-Nya. Bila-bila masa sahaja Dia boleh menarik semua kenikmatan yang selama ini diberikan.
Selama ini aku diam bukan bermakna aku sudah hilang idea untuk berbicara,cuma kesempatan tidak membenarkan jejari pena aku menari,mencoret apa yang terbuku dihati. Mungkin yang berlaku ada hikmahnya.

Bulan Mei adalah bulan kelahiranku,tanggal 19 Mei 1991,aku dilahirkan pada jam 5.53 petang dengan berat bersih 2.5kg. Ini bermakna tahun ini genap 23 tahun aku menumpang dibumi Allah ini. Sehingga kini juga, aku masih lagi mencari teman pengganti yang selama ini telah lama mengosongkan kamar hati aku. Mungkin esok,mungkin minggu depan atau mungkin 10 tahun lagi aku baru bertemu dengan pemilik rusuk kiri ku ini.

Terkadang aku cemburu dengan teman sebayaku yang sudah mempunyai calon teman hidup. Ada juga yang sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Akan tetapi aku masih lagi tercari cari siapakah si dia yang bakal menjadi isteriku kelak. Takpelah,mungkin suatu hari nanti adalah yang hadir tu.
Cerita mengenai karakter pasangan hidup yang aku impikan,hmmm,mungkin ramai akan cakap aku ni memilih,maklumlah,sapa yang tak nak isteri serupa model kot!hehe,biasalah lelaki,cinta itu buta,dari mata turun ke hati. Pastu ke nafsu pulak,eh! Off topic pulak, okaylah, sekarang aku nak cerita perempuan yang macam mana aku minat. Kat bawah ni aku senaraikan karakter luaran ye,
1.kecik(comel,senang didukung)
2.putih(sebab aku hitam,utk contrastkn color)
3.tak banyak cakap(aku jenis bercakap banyak)
4.terima aku seadanya(tak romantik takpe)
5.tak pandai masak pon takde hal(aku bole masak)
6.boleh sama2 senang dan susah
Kalau diikutkan banyak lagi kriteria2 yang aku nak listkan,takut nanti orang cakap aku demand pulak,muka macam penyodok sampah ada hati nak demand bini cantik,pigidah!!!
Mungkin skrng dah sampai masanya aku fikirkan soal pasangan hidup walaupun hati aku meronta ronta xpuas nak hidup bujang lagi,cuma aku fikir dapat ke aku realisasikan matlamat ni sedangkan tanggungjawab aku pada family dan mak ayah aku belum terlaksana?betulkah apa yang aku buat ni? Tapi kata orang tak salah berangan,cuma fantasi jela,realitinya hampeh,niat tak menghalalkan cara,apa apa pun aku kene laksanakan tanggungjawab aku sbg anak suluang dalam keluarga. Ada 5 lagi adik aku kat bawah,so kene prepare la dari sekarang, harap bakal isteri aku nanti xdelah merungut bagai sebab tanggungjawab anak sulung ni berat beb,tunjang keluarga. 
Aku rasa cukup sampai sini je kot apa yg aku nk kongsi kali ni,harap sapa2 yg baca jgn la kondem aku ae,starting ayat mcm buat karangan SPM,bila da masuk perenggan kedua ketiga terus hancur bak dimakan anai2,jahanam ayat gua,hahaha,last kali ni aku selitkan serangkap pantun ye
Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menunpang mandi
Kalau ada awek yang sedap mata memandang
Sudi sudilah past kat aku nk buat calon bini
Stail tak pantun,hahaha,okaylah,chow dulu,adios 73