Thursday, December 6, 2012

MAKSUD TERSIRAT BUNGA


Bunga sering kali dihadiahkan oleh orang yg istimewa kepada yang teristimewa atau rakan, keluarga atau saudara mara dan boleh dikatakan bunga menjadi pilihan oleh kebanyakan orang dalam banyak situasi seperti ingin meluahkan isi hati atau sebagai tanda ucapan semoga cepat sembuh....Adakah kamu tahu apa makna di sebalik tiap jenis bunga ini? Rasanya tentu tak semua kan? Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja......alahai kesiannya!!

Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan
setiap bunga sebenarnya mewakili makna
tersendiri.....

ERTI ROS.....
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga-bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenal pasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu. ROS KUNING adalah simbol kesetiaan dan kekuatan diri seseorang. ROS PUTIH adalah simbol cinta sejati dan kekuasaan. ROS MERAH boleh mengungkapkan pelbagai perasaan cinta.

BUNGA CARNATION.....
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu mengelakkan perasaan sedih menimpa seseorang.

BUNGA CAMELIA ....
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA .....
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.

BUNGA DAISY...
Ia mampu meningkatkan daya seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

BUNGA IRIS....
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA ORKID...
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

BUNGA JASMIN ...
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

BUNGA MATAHARI ....
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

BUNGA TULIP....
Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY....
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada seseorang.

BUNGA VIOLET ....
Ia meningkatkan daya imaginasi seseorang.

buntu tak tahu nak bagi bunga apa..sebab dia tak pernah bagi tahu bunga apa yang dia suka..kebiasaannya wanita meminati bunga ros..

walaupun memberi bungan kepada wanita dianggap sebagai kuno,tetapi bagi wanita ia sesuatu perkara yang amat luar biasa..so belajarlah untuk memberi bunga kepada wanita..

psst#kalau wanita tu jenis kaki kereta,belikan je tayar baru sbb tayar baru bunga dia tebal lagi..hehehe..jangan terasa ye Nurul Farhain Aran...:)

(di edit dari internet)