Friday, April 19, 2013

ANDAINYA AKU PERGI DULU SEBELUM MU


Hari ini..aku kelihatan gembira..kelihatan ceria..tanpa ada duka yang terpancar dari raut wajahku..Namun di dalam lubuk hati..siapa yang tahu..mungkin inilah kali yang terakhir bagiku untuk beramah mesra denganmu..dan bergurau senda denga rakan2..kerana kita tidak akan tahu..apa yang akan terjadi esok..

"Ajal maut di Tangan Tuhan"..itulah yang sering kita dengar apabila kita bercakap mengenai kematian..Tiada sesiapa pun yang mengetahui akan hari mereka akan dijemput kembali menemui penciptaNya..Mungkin esok atau lusa, atau bila2 sahaja..Kita tidak akan mengetahuinya..Apabila gugurnya nama kita daripada dahannya..maka akan dijemputlah kita oleh Nya..

Oleh itu..selagi ada peluang melakukan ibadat..lakukan dengan ikhlas..selgi ada peluang untuk bertaubat..taubatlah sehingga taubat nasuha..selagi ada masa untuk bermaaf-maafan..maaafkanlah kesilapan dan pohonlah kemaafan sekiranya melakukan kesilapan..Allah akan memaafkan kita sekiranya kita melakukan dosa kepadaNya dan kita bertaubat dan memohon keampunan dariNya..Tetapi jika kita telah melakukan dosa sesama manusia..pohonlah kemaafan dari mereka..

Andai esok ku tiada lagi,
Ku pohon kemaafan darimu wahai sahabat,
Kau doakanlah aku di sana,
kau kirimkanlah kebaikan kepadaku,
Kau terimalah pemergianku,
Kerana aku telah dijemput Ilahi,
Untuk pergi sebelummu,
Akan ku tunggumu di sana.

Kepada yang telah pergi,kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat..