Tuesday, January 27, 2015

Ikhlas dari hati yang ini satu pengakuan!!!!

Asalamualaikum, waktu aku taip pasal ni jam menunjukkan pukul 3.03 pagi. Tarikh 26/1/2015. Penyebabnya aku taip pasal benda kerana aku dah tak tahan lagi nak simpan lama2. Pada aku bila aku dapat luahkan kat sini aku rasa lega. Cerita yang aku nak ceritakan disini mengenai awak. Nama biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu. 

          Cerita ini bermula apabila aku mula bertugas sebagI PSH di Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan. Maklumlah tempat baru,semua pun baru,kawan baru,benda baru. Cuma yang lama hanyalah sahabat aku seorang dan seorang perempuan yang juga pernah ada kaitan dengan sahabat aku ni. Aku di tempatkan 1 bilik bersama pegawai2 yNg lain. Ini kerana pejabat sedia ada sedang menjalani pengubahsuaian. Seramai 7 orang ditempatkan di bilik tersebut termasuk aku. Hendak di pendekkan cerita aku telah diperkenalkan mengenai beliau oleh sahabat aku sebelum aku mula masuk kerja. 

          Setalah lama aku bekerja di situ, perasaan suka itu mula timbul sedikit demi sedikit. Aku tak tau dari mana datangnya perasaan tersebut. Tapi yang pasti ia bukan dari nafsu. Aku cerita sedikit mengenai karakter dia. Seorang yang bertudung labuh,muka bulat, mata sepet berkaca mata dan juga putih. Bertubuh agak 'chubby'.Ala-ala ustazah persisnya. Taste aku bukanlah seperti yang dinyatakan diatas. Maklumlah aku ni sendiri gempal. Mana mungkin aku mahu perempuan yang bertubuh gempal juga. Apa yang membuat aku paling tertarik adalah senyumannya. Bilamana dia senyum pada aku memang aku tangkap feeling la bak kata orang2 sekarang. Semakin lama aku memandang wajahnya semakin aku rasa jatuh hati padanya. 

        Tetapi ada satu hal yang tak menyenangkan bagi aku pada mulanya. Ia mengenai faktor umur. Beza umur antara aku dan dia adalah 7 tahun. Ia, dia lebih tua 7 tahun berbanding umur Ku. Agak mustahil bagi aku untuk menerima hakikat itu sebenarnya. Puas juga aku menyedapkan hati bahawa semua itu hanya angka. Perbezaan umur Rasullulah dengan isterinya juga agak jauh. Iaitu 15 tahun. Itu bukan penghalang untuk aku terus menyukai dia.

       Semakin hari aku kenal dia semakin aku tertarik pada diri dia. Kesopanannya, keayuannya, telah menambat hatiku. Disebabkan aku terikat dengan seseorang yang aku anggap kekasih waktu itu, terpaksa aku lupakan mengenai dia. Disebabkan kesetiaan aku pada seseorang yang aku anggap kekasih itulah aku lupakan dia. Namun kesetiaan yang aku sandarkan rupanya hanya mainan bagi dia. Aku dikecewakan sekali lagi oleh insan tersebut. Walaubagaimana pun aku tetap redha dengan ketentuan Illahi. Aku anggap aku dengan beliau tiada jodoh. Aku terima kalau sudah itu yang tertulis. Kecewa memang kecewa. Nak buat macam mana dah orang disana tidak boleh terima aku. Mungkin selama ini aku yang beria suka kat beliau. Mungkin aku ni tidak lebih dari seorang kawan pada beliau. Tidak mengapa, aku terima dengan hati terbuka.

      Disebabkan kejadian ini, aku mula mengubah haluan aku pada dia. Aku cuba untuk merapati dia. Cuba untuk bermesej dengan dia di Wechat. Usaha aku berjaya. Tapi bukan berjaya menawan hati dia. Hanya berjaya bermesej -mesej biasa sahaja. Pada aku itu sudah cukup mengembirakan hati aku yang telah sakit selama ini. Satu hal lagi yang aku rasakan adalah jurang antara kita terlalu jauh. Bukan mengenai umur, tapi mengenai pangkat dan darjat. Aku merasakan diri aku kerdil berbanding dia. Tidak layak untuk dia kerana aku tidak mempunyai kelulusan yang setaraf seperti dia. Disebabkan itu juga aku takut untuk menyatakan hasrat hati aku pada dia. Aku takut aku ditolak. Aku takut aku akan di hina,dicaci di herdik. Aku sedar aku tidak punya apa-apa seperti orang lain. Rupa tiada,harta apatah lagi. 

          Aku tahu yang dia juga sedang dalam kegelisahan kerana masih belum berumah tangga walaupun umur da cecah 3 series. Dia juga menhadapi masalah dengan lelaki kerana sering kali dikecewakan lelaki. Aku yakin dengan apa yang aku tafsirkan. Siapa yang tidak risau tatkala umur dah menginjak ke 30-an tetapi masih belum mendirikan rumahtangga. Apatah lagi orang perempuan. Ia menjadi satu igauan ngeri bagi setiap perempuan di Malaysia. Jika aku diberikan peluang akan aku cuba untuk menawan hatinya. Cuma aku sedar siapalah aku ini jika nak dibandingkan dengan lelaki2 lain diluar sana. Bila aku tanya pendapat rakan2 ramai yang membantah keputusan aku. Kenapa? Adakah keputusan yang aku bakal buat silap? Aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Cuma keadaan sekarang yang tidak mengizinkan. 

        Aku takut pengakuan aku terhadap dia akan membuat dia tidak selesa. Aku takut untuk menerima kenyataan bahawa dia tidak boleh menerima aku. Sampai bila harus aku pendam perasaan aku ini terhadap dia? Perasaan sayang terhadap dia semakin hari semakin menebal. Aku cuba buang perasaan itu tetapi tidak boleh. Aku tidak tahu mengapa. Adakah semua ini sudah tertulis. Aku sedar jikalau dia terima pengakuan aku pun adakah aku boleh memenuhi segala kehendak dia? Aku belum bersedia untuk berumah tangga seperti rakan2 ku yang lain. Aku tidak percaya jikalau pun dia menerima aku sanggupkah dia menunggu aku sehingga aku betul2 bersedia dari segi kewangan untuk berumah tangga? Semua ini berlegar legar di benak fikiran aku. 

            Jawapan yang aku akan terima jika dia terima atau tolak aku mempunyai baik dan buruknya. Jika dia menerima aku adakah aku sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga? Jikalau dia menolak aku sanggupkah aku untuk menghadapinya yang selama ini sayang dan suka dia? Kedua dua jawapan berisiko tinggi. Adakah selama ini semuanya halusinasi aku sahaja, ataupun ia benar2 perasaan yang muncul dari lubuk hati. Mungkin dia sebagai pengubat kekecewaan aku selama ini terhadap perempuan. Akan tetapi perasaan malu untuk membuat pengakuan masih tebal dalam diri ini. Aku takut aku akan dikecewakan  sekali lagi. Mungkin langkah yang paling selamat adalah aku terus pendam hingga ke suatu masa yang aku sendiri tidak tahu bila. Tapi andai kata dia sudah mempunyai calon yang lain. Mahu tidak mahu aku terpaksa redha dengan apa yang berlaku. Aku anggap semua ini yang terjadi adalah ketentuan Illahi.
        Aku tak harap pun dia akan baca mengenai ini, tapi kalau ada kesempatan aku akan bagi dia baca apa yang aku tulis mengenai dia disini. Harapan aku cuma satu, dapat menjadi imammu dimasa akan datang, insyaAllah

Tuesday, October 7, 2014

KISAH AKU

Asalamualaikum dan Salam sejahtera kepada yang sudi baca blog aku ni, entri kali aku rasa just saje2 aku nak taip dikala bosan waktu kerja.. Lama jugak aku tak menaip kat entri blog ni ...dekat 5 bulan jugak ae..nampak sangat aku ni jenis yang malas nak menaip lelaju..hehe

okaylah..kali ni aku nak cerita pasal kerja aku..selepas aku berhenti kerja di Pulai Spring sebagai housekeeper terhormat, aku dapat tawaran berkerja di Kementerian Kesihatan Malaysia secara kontrak..tugas aku sebagai Pembantu Tadbir N17..mula2 kekok jugak sebab tak pernah buat kerja2 pejabat, lama2 bole jugak aku sesuaikan diri ngan kerja ni..

awal bismilah cmne aku bole dapat kerja ni ae..hehehe..peluang ni ditawarkan oleh sahabat baik aku sendir iaitu En Hazim..beliaulah yang memperkenan atau sudi menawarkan kontrak ni untuk aku bekerja..maklumlah senang sebab dalam masa yang sama aku membantu menyelesaikan kerja2 dia yang tertangguh..

Mulanya tugasan aku yang pertama adalah mengeluarkan dan memproses sijil bagi premis makanan..aku sempat la jugak hampir 3 bulan belajar cmne cara nk download sijil dari laman web gov ni..selama tu jugak aku tau nama2 company makanan dari perkilangan hingga yg jual tepi jalan,,sebab setiap premis makanan yang nak dibuka perlu ada sijil ni..wajibun ghunnah..

setelah hampir 3 bln aku semata buat sijil..akhirnya aku diturunkan pangkat menjadi PA timbalan pengarah..menggeleter tubuh bila nama aku naik dalam meeting..siap dia minit lagi..fuhh..ingat kes apa tadi, rupanya dia mintak aku jadi PA dia..boss aku ni jenis x suka bekerja dgn perempuan..sbb tu la nama aku yang naik..

okay habis bab kerja..fullstop..aku nak masuk bab lain pulak..setelah sekian lama aku menyepi ni kan..bukan bermakna aku da gila,,takde la sampai mcm tu..aku menyepi ada sebab dan musabab nya..aku rasa lebih elok bersendirian..mungkin kot..tapi lelama sorng2 bosan jugak idup.da cm biawak rongak pulak..hidup segan mati xmau bak kata Ahli Falsampah..macam makin mengarut je apa yang aku taip ni..

semalam jugak(6/10) dengan tak semena mena aku ponteng kerja dan berhibur di tepi pantai..ni pon bnde tak plan..malam tu decide,esok terus pegi..memang au x suka bnde yang planning ni..last2 kang xjadi..maklum jela kan org melayu,janji pon cm melayu gak..beronok ronok jugak semalam..sambil menyelam minum air, mandi dan mancing skali..(dah macam ape peribahasa aku pkai ni)..aku yang da memang gelap ni(masa depang ngan hati tak gelap ae)  pon terbako kulit ape tah lagi si hazim..cm ken bakor kat api neraka kaler kulit dia..mancing punya mancing habis batu ladung aku sume hilang..sangkut kat batu punya pasal..da la mahal..sejibik singgit stengah harga dia..kalau 3 bijik dah bape,kali pulak ngan 15 tahun..da bole pkai ER6N da beb..xpe la..redha jela..

sebelum aku makin mengarut lagi kat sni, baik aku habiskan karangan sampah ni dengan serangkap peribahasa.
alang memyeluk perkasam,
biar sampai ke pangkal lengan..
mcm takde kaitan kan..okay bye

Wednesday, May 21, 2014

Cetusan Hati Untuk Kekasih Imaginasi part 2

CETUSAN HATI UNTUK KEKASIH IMAGNASI BHG 2

Asalamualaikum,alhamdulilah akhirnya aku dapat jugak buat entri ni berkesinambungan dari entri yang lepas. Kat sini aku nak ceritakan selepas aku dah mula menyukai gadis cashier Econsave yang aku cerita kat entri lepas.

2 hari yang lepas(sebelum entri ni ditaip) aku terserempak secara tak sengaja dengan si dia sewaktu aku hendak membayar di kaunter. Secara tak sengaja aku berselisih dengan dia dan dia berada tepat dibelakang aku. Waktu tu bukan main terkejut siamang tanah aku beb,mau tak nye,crush ada kat belakang. Berdiri bulu tengkuk siot, kalau bole mcm2 bulu lagi nak berdiri. Aku tak tau apa motif dia nak berdiri belakang aku. Takkan dia tau kot aku ada menyimpan perasaan suka kat dia. Kalau tau rezeki la mak oiiii,hehehehe.


Hari ni aku bukak gerai macam biasa, tunggu punya tunggu dia x masuk pagi harini. Mungkin dia kerja shift petang kot. Tunggu jela dalam pkul 1 nanti kompom dia lalu depan gerai. Tu pun kalau bukan offday dia hari ni. Berdasarkan ciri-ciri perempuan yang aku minat lebih kurang 70% ada pada dia. No wonder la sekali pandang je aku dah jatuh minat. Cuma tula, ada benda2 yang membataskan aku untuk menyatakan hasrat kat dia,hmmm

Dari sumber2 yang aku bole percayai umur dia baru 18 tahun, so kiranya beza umur dia ngan umur aku adalah 5 tahun. Kalau boleh memang aku nak cari yang lebih muda dari aku,paling tidak 2 tahun beza. Kira dia ni bonus la untuk aku,hehehe. Cuma aku tak dapat terima kenyataan ckit adalah dia ni orang pantai timur. Aku ada sikit allergic ngan orang pantai timur. Tak tahu la nak kata apa oiii,redho jelah.

Kalau dilihat dari sudut luaran dia ni berketinggian lebih kurang 150-155 cm dari aras laut dan berat kasar tanpa muatan 55kg(dah macam kira kenderaan berat daa) . Kulit agak putih(nak banding ngan aku memang macam bendera negeri dia kot kaler dia). Yang aku perasan ada tahi lalat kat pipi(memang fevret aku pompan ada tahi lalat kat muka,haish geram!!!)belum pape gua dah perasan tahi lalat dia, dah memang keje aku suka perhatikan orang kot,hahahah. Suara dia pulak mak aii,punya la halus(bole ajak duet karaoke dah ni,tu pun kalau la pandai nyanyi)

Aku rasa cukup kot apa yang aku tulis kat sini. Kalau dia baca apa yang aku taip ni kompom dia gelak sakan kot,mwahahaha. Dah,cukup la aku berangan sorang2 kat gerai ni,kang tak pasal angau sensorang. Kacau pulak tumpuan aku nak berniaga. Nanti ada masa aku taip lagi ye pasal kau ae. Salam rindu untuk kekasih imaginasiku(memang sampai mati dia takkan balas pon salam aku ni). Asalamualaikum

Yang Benar
SecretAdmirer

Hari Ini Dalam Sejarah

Asalamualaikum pembuka bicara,
Tetiba terasa rajin pulak nk buat entri baru kat blog ni,ada tenet kan,so rajin la gua update,hehehe,
Gua rajin update sebab semalam telag genaplah umur aku 23 tahun mengikut kalender masihi,kalau ikut kalender hijrah da lebih da 23. Semalam jugak diadakan meeting tergempar untuk pnc, meeting dibuat untuk mengekalkan jawatan state leader bagi negeri johor oleh boss zakri,jawatan tu utk sampai akhir hayat n titisan darah yang terakhir. Aku pon terkejut bila baca balik kandungan surat aku janji tu,tapi boss t.etap sain jgak surat tu,so maknanya dia terima la,hehehe

Lepas meeting diaorg buat perbincangan secara tidak formal,lebih kepada berbual kosong,,dalam sbuk2 berbual kosong,teriba acara membaling tepung pulakjadi,mentang2 aku punya besday pulak,terus aku kena baling,diaorg target ijat,last2 ngan aku skali kena

1st time dalam sejarah hidup aku diaorg sambut besday aku,setakat ni aku x penah lagi merasa kena sambut kaw2 besday,merasa tepung kat kepala,sebelum ni aku cuma kena tempias besday orang je,kene jgak tepung tapi bkn besday aku,papepon aku rasa bersyukur sangat da sampai dah umur 23 thn, alhamdulilah masih lagi dikurniakan kesihatan dan akal fikiran yang waras(kalau tak waras rasanya akux bolekot buat entri baru ni,lupa password kot)

Setakat ni je kot yang aku mampu taip,lepas ni nantikan kemunculan entri baru iaitu kesinambungan entri cetusan hati untuk kekasih imaginasi part 2 ae,asalamualaikum

Sunday, May 18, 2014

Cetusan Hati Untuk Kekasih Imaginasi

WARKAH UNTUK KEKASIH IMAGINASI

Asalamualaikum ku ucapkan kepada awak walaupun saya tau awak tak akan jawab dan tak akan baca pun surat ni. Harap awak yang tengah bekerja sebagai cashier dekat Econsave tu sihat dan jangan salah kira tau. Nnti elaun short kena tolak,dah tinggal sikit gaji awak.  Pertama kalinya saya karang surat ni menggunakan applikasi pages yang ada dalam iPad saya ni. Walaupun nampak maju dalam bidang IT,tapi sesungguhnya saya ni buta IT

Surat ini khas saya karang untuk awak kerana dah lama kot saya memendam rasa kat awak,sungguh dekat dimata,tapi jauh dihati( belum ada apa2 dah rindu,pelik betul). Okaylah, biar saya terus terang kat awak, mula-mula tengok awak saya takdelah jatuh hati sangat. Memandangkan selalu sangat saya pergi belanja kat Econsave tempat awak kerja tu, bermulah bibit- bibit kesukaan saya kat awak. Sekali pandang macam Nora Danish. 2 kali pandang baru saya perasan yang tu betul-betul awak. Hehe,jangan marah ye,kang tak comel dah muka awak yang sedia ada comel tu.

 Sejak akhir-akhir ni saya perasan awak mula pakai spek mata la. Awak memang rabun ke awak saje saje pakai sebab nk matching ngan saya (aduyai,perasan betul gua ni). Saya memang ber'spek' sejak sekolah lagi. Takkan tetiba awak perasan yang saya dok usha usha awak teros awak nk matching ngan saya pkai spek sama. Macam takde benda lain je awak nk matchingkan, 1 lagi saya nk tegur bab matching ni. Memandangkan uniform kerja awak tu kaler hijau, elakkan la pkai tudung 'ariani' kaler putih oren. Saya rasa dah macam lolipop da tengok awak. Walaupun saya ni tak arif bab matching kaler(org pompuan lagi power kot) elakkn la pakai tudung oren putih tu lagi ye. Da macam kereta kaler hijau,sportrim oren,pastu skirting kaler putih. Pulak tu keretanya volkswagen beettle keluaran 40 an. Kan dah kena bebel. Ni belum jumpa depan2 lagi ni. Hehehe


Hampir 2 bulan jugak saya bukak gerai kat sebelah Econsave tempat awak kerja tu dan selama tu jugak lah awak langsung tak pernah singgah gerai saya. Apa salahnya awak singgah gerai saya. Kompom terharu saya dan sampai merah pipi saya walaupun zahirnya saya ni gelap kulitnya. Sebab awak jugak kot saya jadi semangat nak bukak gerai. Kadang-kadang waktu pagi tunggu punya tunggu awak lalu pegi kerja tak jugak lalu2. Rupanya awak kerja shift petang. Harap awak singgahlah gerai saya ae. Kompom punya saya belanja,cakap aje nak makan apa,saya ambikkan, saya layan awak macam permaisuri nak bersantap. Saya buat ala2 kat hotel 5 bintang layanan dia.

Saya sedang berusaha bersungguh sungguh untuk mencari masa terbaik berkenalan dengan awak. Sekarang ni ada seorang spy saya pasang untuk tanya pasal awak. Walaupun tak tau nama penuh awak,menurut sumber sumber yang boleh dipercayai,nama awak Ummi kalau tak silap saya. Takpela,nama tak penting, yang penting hati,ye dak. Cukup sampai sini surat yang tak kemana hala tuju dia ni, lepas ni kalau ada update terbaru pasal kisah saya ngan awak ni saya taip lagi ye, mana tau apa yang saya tulis ni jadi kenangan kat kita masa akan datang. Biar anak dan cucu kita baca, Owh,mcm ni atuk dan nenek kita ni dulu bercinta,siap ber'iPad' bagai. Ariois babai!!!


Yang Benar
Secret admirer