Wednesday, May 21, 2014

Cetusan Hati Untuk Kekasih Imaginasi part 2

CETUSAN HATI UNTUK KEKASIH IMAGNASI BHG 2

Asalamualaikum,alhamdulilah akhirnya aku dapat jugak buat entri ni berkesinambungan dari entri yang lepas. Kat sini aku nak ceritakan selepas aku dah mula menyukai gadis cashier Econsave yang aku cerita kat entri lepas.

2 hari yang lepas(sebelum entri ni ditaip) aku terserempak secara tak sengaja dengan si dia sewaktu aku hendak membayar di kaunter. Secara tak sengaja aku berselisih dengan dia dan dia berada tepat dibelakang aku. Waktu tu bukan main terkejut siamang tanah aku beb,mau tak nye,crush ada kat belakang. Berdiri bulu tengkuk siot, kalau bole mcm2 bulu lagi nak berdiri. Aku tak tau apa motif dia nak berdiri belakang aku. Takkan dia tau kot aku ada menyimpan perasaan suka kat dia. Kalau tau rezeki la mak oiiii,hehehehe.


Hari ni aku bukak gerai macam biasa, tunggu punya tunggu dia x masuk pagi harini. Mungkin dia kerja shift petang kot. Tunggu jela dalam pkul 1 nanti kompom dia lalu depan gerai. Tu pun kalau bukan offday dia hari ni. Berdasarkan ciri-ciri perempuan yang aku minat lebih kurang 70% ada pada dia. No wonder la sekali pandang je aku dah jatuh minat. Cuma tula, ada benda2 yang membataskan aku untuk menyatakan hasrat kat dia,hmmm

Dari sumber2 yang aku bole percayai umur dia baru 18 tahun, so kiranya beza umur dia ngan umur aku adalah 5 tahun. Kalau boleh memang aku nak cari yang lebih muda dari aku,paling tidak 2 tahun beza. Kira dia ni bonus la untuk aku,hehehe. Cuma aku tak dapat terima kenyataan ckit adalah dia ni orang pantai timur. Aku ada sikit allergic ngan orang pantai timur. Tak tahu la nak kata apa oiii,redho jelah.

Kalau dilihat dari sudut luaran dia ni berketinggian lebih kurang 150-155 cm dari aras laut dan berat kasar tanpa muatan 55kg(dah macam kira kenderaan berat daa) . Kulit agak putih(nak banding ngan aku memang macam bendera negeri dia kot kaler dia). Yang aku perasan ada tahi lalat kat pipi(memang fevret aku pompan ada tahi lalat kat muka,haish geram!!!)belum pape gua dah perasan tahi lalat dia, dah memang keje aku suka perhatikan orang kot,hahahah. Suara dia pulak mak aii,punya la halus(bole ajak duet karaoke dah ni,tu pun kalau la pandai nyanyi)

Aku rasa cukup kot apa yang aku tulis kat sini. Kalau dia baca apa yang aku taip ni kompom dia gelak sakan kot,mwahahaha. Dah,cukup la aku berangan sorang2 kat gerai ni,kang tak pasal angau sensorang. Kacau pulak tumpuan aku nak berniaga. Nanti ada masa aku taip lagi ye pasal kau ae. Salam rindu untuk kekasih imaginasiku(memang sampai mati dia takkan balas pon salam aku ni). Asalamualaikum

Yang Benar
SecretAdmirer