Wednesday, May 21, 2014

Cetusan Hati Untuk Kekasih Imaginasi part 2

CETUSAN HATI UNTUK KEKASIH IMAGNASI BHG 2

Asalamualaikum,alhamdulilah akhirnya aku dapat jugak buat entri ni berkesinambungan dari entri yang lepas. Kat sini aku nak ceritakan selepas aku dah mula menyukai gadis cashier Econsave yang aku cerita kat entri lepas.

2 hari yang lepas(sebelum entri ni ditaip) aku terserempak secara tak sengaja dengan si dia sewaktu aku hendak membayar di kaunter. Secara tak sengaja aku berselisih dengan dia dan dia berada tepat dibelakang aku. Waktu tu bukan main terkejut siamang tanah aku beb,mau tak nye,crush ada kat belakang. Berdiri bulu tengkuk siot, kalau bole mcm2 bulu lagi nak berdiri. Aku tak tau apa motif dia nak berdiri belakang aku. Takkan dia tau kot aku ada menyimpan perasaan suka kat dia. Kalau tau rezeki la mak oiiii,hehehehe.


Hari ni aku bukak gerai macam biasa, tunggu punya tunggu dia x masuk pagi harini. Mungkin dia kerja shift petang kot. Tunggu jela dalam pkul 1 nanti kompom dia lalu depan gerai. Tu pun kalau bukan offday dia hari ni. Berdasarkan ciri-ciri perempuan yang aku minat lebih kurang 70% ada pada dia. No wonder la sekali pandang je aku dah jatuh minat. Cuma tula, ada benda2 yang membataskan aku untuk menyatakan hasrat kat dia,hmmm

Dari sumber2 yang aku bole percayai umur dia baru 18 tahun, so kiranya beza umur dia ngan umur aku adalah 5 tahun. Kalau boleh memang aku nak cari yang lebih muda dari aku,paling tidak 2 tahun beza. Kira dia ni bonus la untuk aku,hehehe. Cuma aku tak dapat terima kenyataan ckit adalah dia ni orang pantai timur. Aku ada sikit allergic ngan orang pantai timur. Tak tahu la nak kata apa oiii,redho jelah.

Kalau dilihat dari sudut luaran dia ni berketinggian lebih kurang 150-155 cm dari aras laut dan berat kasar tanpa muatan 55kg(dah macam kira kenderaan berat daa) . Kulit agak putih(nak banding ngan aku memang macam bendera negeri dia kot kaler dia). Yang aku perasan ada tahi lalat kat pipi(memang fevret aku pompan ada tahi lalat kat muka,haish geram!!!)belum pape gua dah perasan tahi lalat dia, dah memang keje aku suka perhatikan orang kot,hahahah. Suara dia pulak mak aii,punya la halus(bole ajak duet karaoke dah ni,tu pun kalau la pandai nyanyi)

Aku rasa cukup kot apa yang aku tulis kat sini. Kalau dia baca apa yang aku taip ni kompom dia gelak sakan kot,mwahahaha. Dah,cukup la aku berangan sorang2 kat gerai ni,kang tak pasal angau sensorang. Kacau pulak tumpuan aku nak berniaga. Nanti ada masa aku taip lagi ye pasal kau ae. Salam rindu untuk kekasih imaginasiku(memang sampai mati dia takkan balas pon salam aku ni). Asalamualaikum

Yang Benar
SecretAdmirer

Hari Ini Dalam Sejarah

Asalamualaikum pembuka bicara,
Tetiba terasa rajin pulak nk buat entri baru kat blog ni,ada tenet kan,so rajin la gua update,hehehe,
Gua rajin update sebab semalam telag genaplah umur aku 23 tahun mengikut kalender masihi,kalau ikut kalender hijrah da lebih da 23. Semalam jugak diadakan meeting tergempar untuk pnc, meeting dibuat untuk mengekalkan jawatan state leader bagi negeri johor oleh boss zakri,jawatan tu utk sampai akhir hayat n titisan darah yang terakhir. Aku pon terkejut bila baca balik kandungan surat aku janji tu,tapi boss t.etap sain jgak surat tu,so maknanya dia terima la,hehehe

Lepas meeting diaorg buat perbincangan secara tidak formal,lebih kepada berbual kosong,,dalam sbuk2 berbual kosong,teriba acara membaling tepung pulakjadi,mentang2 aku punya besday pulak,terus aku kena baling,diaorg target ijat,last2 ngan aku skali kena

1st time dalam sejarah hidup aku diaorg sambut besday aku,setakat ni aku x penah lagi merasa kena sambut kaw2 besday,merasa tepung kat kepala,sebelum ni aku cuma kena tempias besday orang je,kene jgak tepung tapi bkn besday aku,papepon aku rasa bersyukur sangat da sampai dah umur 23 thn, alhamdulilah masih lagi dikurniakan kesihatan dan akal fikiran yang waras(kalau tak waras rasanya akux bolekot buat entri baru ni,lupa password kot)

Setakat ni je kot yang aku mampu taip,lepas ni nantikan kemunculan entri baru iaitu kesinambungan entri cetusan hati untuk kekasih imaginasi part 2 ae,asalamualaikum

Sunday, May 18, 2014

Cetusan Hati Untuk Kekasih Imaginasi

WARKAH UNTUK KEKASIH IMAGINASI

Asalamualaikum ku ucapkan kepada awak walaupun saya tau awak tak akan jawab dan tak akan baca pun surat ni. Harap awak yang tengah bekerja sebagai cashier dekat Econsave tu sihat dan jangan salah kira tau. Nnti elaun short kena tolak,dah tinggal sikit gaji awak.  Pertama kalinya saya karang surat ni menggunakan applikasi pages yang ada dalam iPad saya ni. Walaupun nampak maju dalam bidang IT,tapi sesungguhnya saya ni buta IT

Surat ini khas saya karang untuk awak kerana dah lama kot saya memendam rasa kat awak,sungguh dekat dimata,tapi jauh dihati( belum ada apa2 dah rindu,pelik betul). Okaylah, biar saya terus terang kat awak, mula-mula tengok awak saya takdelah jatuh hati sangat. Memandangkan selalu sangat saya pergi belanja kat Econsave tempat awak kerja tu, bermulah bibit- bibit kesukaan saya kat awak. Sekali pandang macam Nora Danish. 2 kali pandang baru saya perasan yang tu betul-betul awak. Hehe,jangan marah ye,kang tak comel dah muka awak yang sedia ada comel tu.

 Sejak akhir-akhir ni saya perasan awak mula pakai spek mata la. Awak memang rabun ke awak saje saje pakai sebab nk matching ngan saya (aduyai,perasan betul gua ni). Saya memang ber'spek' sejak sekolah lagi. Takkan tetiba awak perasan yang saya dok usha usha awak teros awak nk matching ngan saya pkai spek sama. Macam takde benda lain je awak nk matchingkan, 1 lagi saya nk tegur bab matching ni. Memandangkan uniform kerja awak tu kaler hijau, elakkan la pkai tudung 'ariani' kaler putih oren. Saya rasa dah macam lolipop da tengok awak. Walaupun saya ni tak arif bab matching kaler(org pompuan lagi power kot) elakkn la pakai tudung oren putih tu lagi ye. Da macam kereta kaler hijau,sportrim oren,pastu skirting kaler putih. Pulak tu keretanya volkswagen beettle keluaran 40 an. Kan dah kena bebel. Ni belum jumpa depan2 lagi ni. Hehehe


Hampir 2 bulan jugak saya bukak gerai kat sebelah Econsave tempat awak kerja tu dan selama tu jugak lah awak langsung tak pernah singgah gerai saya. Apa salahnya awak singgah gerai saya. Kompom terharu saya dan sampai merah pipi saya walaupun zahirnya saya ni gelap kulitnya. Sebab awak jugak kot saya jadi semangat nak bukak gerai. Kadang-kadang waktu pagi tunggu punya tunggu awak lalu pegi kerja tak jugak lalu2. Rupanya awak kerja shift petang. Harap awak singgahlah gerai saya ae. Kompom punya saya belanja,cakap aje nak makan apa,saya ambikkan, saya layan awak macam permaisuri nak bersantap. Saya buat ala2 kat hotel 5 bintang layanan dia.

Saya sedang berusaha bersungguh sungguh untuk mencari masa terbaik berkenalan dengan awak. Sekarang ni ada seorang spy saya pasang untuk tanya pasal awak. Walaupun tak tau nama penuh awak,menurut sumber sumber yang boleh dipercayai,nama awak Ummi kalau tak silap saya. Takpela,nama tak penting, yang penting hati,ye dak. Cukup sampai sini surat yang tak kemana hala tuju dia ni, lepas ni kalau ada update terbaru pasal kisah saya ngan awak ni saya taip lagi ye, mana tau apa yang saya tulis ni jadi kenangan kat kita masa akan datang. Biar anak dan cucu kita baca, Owh,mcm ni atuk dan nenek kita ni dulu bercinta,siap ber'iPad' bagai. Ariois babai!!!


Yang Benar
Secret admirer

Monday, May 12, 2014

Setahun Sekali



Setelah sekian lama aku tak coretkan kisah hidupku disini,hari ini tanggal 5 Mei 2014 aku kembali mencoretkan apa yg lama terbuku dihati,sudah berbulan bulan lamanya aku menyepi dari mencoretkan sebarang kisah hidupku,kini aku kembali ingin coret apa yang berlaku selama ini

Alhamdulilah, aku masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Yang Maha Esa ini. Aku sedar ini semua hanya pinjaman dari-Nya. Bila-bila masa sahaja Dia boleh menarik semua kenikmatan yang selama ini diberikan.
Selama ini aku diam bukan bermakna aku sudah hilang idea untuk berbicara,cuma kesempatan tidak membenarkan jejari pena aku menari,mencoret apa yang terbuku dihati. Mungkin yang berlaku ada hikmahnya.

Bulan Mei adalah bulan kelahiranku,tanggal 19 Mei 1991,aku dilahirkan pada jam 5.53 petang dengan berat bersih 2.5kg. Ini bermakna tahun ini genap 23 tahun aku menumpang dibumi Allah ini. Sehingga kini juga, aku masih lagi mencari teman pengganti yang selama ini telah lama mengosongkan kamar hati aku. Mungkin esok,mungkin minggu depan atau mungkin 10 tahun lagi aku baru bertemu dengan pemilik rusuk kiri ku ini.

Terkadang aku cemburu dengan teman sebayaku yang sudah mempunyai calon teman hidup. Ada juga yang sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Akan tetapi aku masih lagi tercari cari siapakah si dia yang bakal menjadi isteriku kelak. Takpelah,mungkin suatu hari nanti adalah yang hadir tu.
Cerita mengenai karakter pasangan hidup yang aku impikan,hmmm,mungkin ramai akan cakap aku ni memilih,maklumlah,sapa yang tak nak isteri serupa model kot!hehe,biasalah lelaki,cinta itu buta,dari mata turun ke hati. Pastu ke nafsu pulak,eh! Off topic pulak, okaylah, sekarang aku nak cerita perempuan yang macam mana aku minat. Kat bawah ni aku senaraikan karakter luaran ye,
1.kecik(comel,senang didukung)
2.putih(sebab aku hitam,utk contrastkn color)
3.tak banyak cakap(aku jenis bercakap banyak)
4.terima aku seadanya(tak romantik takpe)
5.tak pandai masak pon takde hal(aku bole masak)
6.boleh sama2 senang dan susah
Kalau diikutkan banyak lagi kriteria2 yang aku nak listkan,takut nanti orang cakap aku demand pulak,muka macam penyodok sampah ada hati nak demand bini cantik,pigidah!!!
Mungkin skrng dah sampai masanya aku fikirkan soal pasangan hidup walaupun hati aku meronta ronta xpuas nak hidup bujang lagi,cuma aku fikir dapat ke aku realisasikan matlamat ni sedangkan tanggungjawab aku pada family dan mak ayah aku belum terlaksana?betulkah apa yang aku buat ni? Tapi kata orang tak salah berangan,cuma fantasi jela,realitinya hampeh,niat tak menghalalkan cara,apa apa pun aku kene laksanakan tanggungjawab aku sbg anak suluang dalam keluarga. Ada 5 lagi adik aku kat bawah,so kene prepare la dari sekarang, harap bakal isteri aku nanti xdelah merungut bagai sebab tanggungjawab anak sulung ni berat beb,tunjang keluarga. 
Aku rasa cukup sampai sini je kot apa yg aku nk kongsi kali ni,harap sapa2 yg baca jgn la kondem aku ae,starting ayat mcm buat karangan SPM,bila da masuk perenggan kedua ketiga terus hancur bak dimakan anai2,jahanam ayat gua,hahaha,last kali ni aku selitkan serangkap pantun ye
Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menunpang mandi
Kalau ada awek yang sedap mata memandang
Sudi sudilah past kat aku nk buat calon bini
Stail tak pantun,hahaha,okaylah,chow dulu,adios 73